Friday, April 23, 2010

SENI HANTARAN

OMG B!! Tgk apa yang saya jumpa. Saya tak sabar-sabar dah nie b nak pergi beli brg2 next month..omg! brg2 nie dari seni hantaran. Cantik kan?tapi, saya nk warna peach orange+silver..huwaaa..ada ker????












**from here..




Thursday, February 25, 2010

PENGENALAN

Pengenalan aku dengan wan hanyalah sekadar jualan barang. Masa tue baru jer nak mulakan business online. Nak cari patung. Tp, tak dapat-dapat. Cos pun mahal dan waktu tue aku mana ada cukup budget. Jadi disebabkan oleh dia mmg berkerja di company mengukir barang-barang kayu. So, aku pun take advantage lar konon-konon nak rapat dengan dia. Sambil-sambil tue aku selitkan soalan patung tue. tp, ingat yer...bukan aku yang tackle dia dulu. Dia yang start. Aku rasa dalam blog aku yang lagi 1 pernah aku menceritakan ayat-ayat dia yang sgt kelakar mengayat aku. Aku tak cair pun. Yer lar, time tue kan ker aku dah berpunya. Aku just kawan jer dengan dia. Aku gembira bila aku dah belajar naik motor. Belajar bagaimana memberi dan menerima hakikat. Mungkin dah jodoh aku dengan dia utk berkawan lagi rapat. Pada bulan 3 aku dah istiharkan yang aku dengan rela hati terima dia sebagai teman hidup aku. Dan tanpa aku sedari aku harapkan sesuatu dari dia. Iaitu jodoh kami berpanjangan. Aku terus lupakan segala kisah silam yang dulu sering membuatkan aku 'down' yang amat sangat. Allah maha kaya. Dia berkuasa membuatkan aku terfikir dan tersedar yang masih ada lagi seseorang yang mampu berdiri teguh membaiki keburukkan seorang wanita. Betul, aku bukan lah seorang gadis yang baik. Yang mampu membahgiakan semua orang. Ibu bapa, adik-beradik. Aku tidak mampu memuaskan hati mereka. Bila aku bersama dengan wan. Aku rasa selesa. Dia akan memahami aku tanpa paksaan. Walau kadang kala aku sering berprasangka buruk setiap apa yang dia buat. Dia tetap bertahan membetulkan keadaan. Tapi, biasa lah. Hubungan mana yang tidak pernah goyah. Aku mengaku.Walaupun dia cukup baik bagi semua org. Tetapi, kdg kala hati aku selalu cemburu tiap kali dia memandang, bercakap atau pun mengukirkan senyuman pada gadis lain. Yer lar. Dia baik dimata aku. Mcm mana pula dimata gadis lain. Tp, nasib baik aku masih lagi boleh kawal perasaan tue. Pada raya tahun lepas tanpa aku sangka wan telah pun membawa keluarga nya berjumpa keluarga aku. Aku lar manusia paling sibuk dalam rumah tue. 3 hari sebelum tarikh itu aku dah buat persiapan. Dari segi makanan, tempat duduk, tisue, tikar getah, kebersihan rumah. Walaupun keluarga wan dtg dari keluarga yang biasa, dari kampung, dan kurang arif ttg kuala lumpur. Tapi aku respect dengan mereka. Kebersihan, kasih sayang diutamakan. Aku suka lelaki mcm tue. Dia akan utamakan mak abah dia. Aku pernah bertanya. Gatal mulutkan..Aku katakan yg jika mak dia tak dapat terima aku. Dia menjawab selamba. "Mak saya sayangkan awk mcm mana dia sayangkan saya." tp, mmg betul pun apa yang aku nampak. Tiap kali telefon pasti telefon aku dulu dari wan. Jika aku demam mak dia yang akan call aku bertanya keadaan. Kdg2 aku trasa seperti tidak sabar menghadapi hari-hari yang bakal aku lalui bersama wan. Elly ada memberitahu aku "carilah pasangan yang mudah kemasjid dan kaya dengan kebaikkan. Dan bukan hanya kaya semata-mata. Kerana rezeki allah yang tentukan. Mungkin rezeki kamu ada. Cuma belum sampai lagi." Aku tertouching. Menangis aku mendengar. Mungkin sebaik-baik yang kita cari belum cukup jika dia tiada iman yang kuat dan hati yang ikhlas. Semoga segala impian kami menjadi kenyataan. Doakan lah yer..hihihie..